suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu GrabCar Meninggal Dunia Sejurus Tiba Di KLIA 2

Gambar hiasan GrabCar.

PUTRAJAYA: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung sejurus tiba di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang untuk menurunkan penumpang. 

Dedi Abdullah, 27, dari Shah Alam dikatakan mengalami sesak nafas apabila tiba di kawasan Pintu 3 lapangan terbang itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata penumpang GrabCar berkenaan telah meminta bantuan anggota polis trafik yang sedang bertugas.

"Anggota polis trafik telah memberi bantuan dan memanggil paramedik dari Klinik Menara di aras dua, klia2.

Pasukan paramedik yang sampai di tempat kejadian mengesahkan pemandu berkenaan sudah meninggal dunia," katanya.  

Abdul Aziz berkata proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah komplikasi jantung iaitu dua saluran jantung si mati tersumbat. 

"Tiada unsur jenayah disyaki berlaku," katanya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain