suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Pukul: Pemandu Lori Masih Trauma

SERDANG: Perasaan trauma masih menyelubungi pemandu lori yang dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya masih berasa takut jika mereka pukul saya lagi," jelasnya kepada pihak media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Jumaat.

"Kecederaan saya sudah pulih, namun parut masih ada. Saya sepatutnya sudah boleh bekerja, tetapi bos memberi kelonggaran untuk memberi keterangan ini," tambahnya. 

Nasrul berkata, polis bertanya mengenai perhimpunan dihadirinya bersama sejumlah pemandu lori di Plaza Tol Sungai Besi pada 22 Januari lalu.

Turut memberi keterangan polis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah dan Khairi Ali.

Menurut Mohd Ridzuan, Nasrul berasa takut dan meminta bantuan mereka.

"Kita sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan mahu mempertahankan hak-hak orang terpinggir.

"Kami akan membantu akan membantu sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar.

Mohd Ridzuan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menyerang Nasrul, dan jika sebaliknya mereka akan mengadakan perhimpunan lebih daripada 1,000 pemandu lori.

Lima orang, termasuk seorang wanita, ditahan di Kepong, Kajang dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung serangan itu.

Dalam kejadian pada 14 Januari lalu Nasrul dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi dan rakaman insiden berkenaan menjadi tular di media sosial.

Mereka yang terlibat juga dilihat turut memberi amaran kepada pengawal keselamatan kondominium, yang cuba menghalang pergaduhan.

pukul pemandu lori

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain