suria

Wakil Keluarga Anwar Jumpa Saya Berhubung Pengampunan Diraja - Saiful Bukhari

Saiful Bukhari Azlan
PETALING JAYA: Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau telah didatangi oleh seorang kenalan rapat pemimpin yang sedang menjalani hukuman penjara itu berhubung permohonan pengampunan diraja.

Saiful Bukhari dalam posting terbaharu di laman Facebooknya mendakwa individu tersebut hadir untuk menyampaikan 'hajat', yang juga mewakili keluarga Anwar.


Berikut adalah posting penuh beliau:

"Beberapa hari yang lalu, saya didatangi seorang kenalan rapat DSAI (maaf tak dapat sebut nama di sini).

"Beliau, atas kapasiti peribadi mohon maaf dari saya, kerana selama ini telah menyerang dan tidak mempercayai dakwaan saya.

"Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu.

"Beliau kata, dalam agama, kita sesama manusia harus bermaaf-maafan, apatah lagi dengan perdamaian itu memberi manfaat kepada semua.

"Selepas itu, beliau minta izin untuk menyampaikan hajatnya, yang juga mewakili keluarga Anwar.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya. Apa pun berikut apa yang beliau sampaikan kepada saya:

- Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar daripada Yang di-Pertuan Agong agar Anwar dibebaskan, tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.

- Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.

- Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

- Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan.

- Saya ucap terima kasih kepada beliau kerana memberi pencerahan. Saya kata nanti saya fikir-fikirkan dan bincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum saya membuat sebarang keputusan.

- Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti.

"Allah SWT lebih tahu. Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk, perlindungan dan jalan yang sebaik-baiknya," tulisnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain