Difahamkan Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah dan Nasrul akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan yang diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, Ahad.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
"Mereka hanya dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.
Pada Ahad, kira-kira 200 pemandu lori berkumpul di plaza tol berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap Nasrul.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Ikhlas.
Nasrul telah diserang dengan kejam di kondominium itu pada 14 Januari lalu selepas beliau tidak sengaja melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz.
Nombor pendaftaran kereta Mercedez-Benz itu patah dan terdapat beberapa kesan calar.


