suria

Kabinet Sarawak Kekalkan Muka Lama

KUCHING: Majlis angkat sumpah jawatan dan ikrar anggota kabinet Sarawak pada Khamis menyaksikan semua muka lama termasuk yang memegang portfolio menteri muda sebelum ini dikekalkan.

Tujuh daripada lapan menteri penuh dan semua 18 menteri muda dalam kabinet sebelum ini hadir dan melafazkan sumpah jawatan serta ikrar di hadapan Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam majlis yang berlangsung di Dewan Lapau, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petrajaya di sini.

Seorang lagi menteri penuh Tan Sri James Jemut Masing yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri bagaimanapun tidak hadir.

Istiadat dimulakan dengan pendaftar istiadat mempersilakan para menteri negeri yang juga anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri serta menteri-menteri muda menghadap Taib untuk menerima surat pelantikan masing-masing.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Timbalan Ketua Menteri sebelum ini, mengepalai pembacaan ikrar menteri penuh di hadapan Taib sebelum menandatangani surat ikrar, diikuti menteri-menteri lain.

Ini disusuli pembacaan ikrar oleh menteri-menteri muda.

Istiadat disaksikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dijangka mengumumkan portfolio baharu mereka petang ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain