suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Ditemui Di Pasaraya Akan Dijadikan Anak Angkat Selepas Tiga Bulan

- Gambar hiasan
KANGAR: Ibu atau bapa bayi lelaki yang dijumpai di dalam kotak berhampiran pasar raya Giant di Jalan Raja Syed Alwi di sini Jumaat lepas diberi tempoh tiga bulan untuk menuntut bayi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad berkata selepas tempoh itu bayi berkenaan akan diserahkan kepada keluarga angkat.

"Saya berharap ibu bapa bayi itu telah insaf dengan perbuatan mereka dan tampil menuntut bayi ini," katanya kepada Bernama Khamis.

Menurut Rela banyak pihak telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyatakan hasrat untuk mengambil bayi yang dinamakan Yusoff Fatihi itu sebagai anak angkat.

Buat masa ini bayi itu masih dalam jagaan Hospital Tuanku Fauziah di sini dan akan diserah kepada JKM dalam masa terdekat.

Bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain serta masih bertali pusat oleh seorang penduduk yang sedang berjoging berhampiran pasar raya tersebut pada 7 pagi.
buang bayi, GIant Kangar, Rela Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain