Tiada Keperluan Sahut Cabaran Pengarah NOW - Shahrir - Semasa | mStar

Tiada Keperluan Sahut Cabaran Pengarah NOW - Shahrir

Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR:  Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu.

Shahrir menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan pihak berkaitan "tahu" dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Semua itu nak dicabar, hanya cakap-cakap. Banyak orang buat kerja mereka sendiri, negara ini ada sistem, bukan tunggu cabaran personaliti atau tokoh-tokoh untuk kita buat kerja," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir supaya Felda membuat laporan kepada SPRM mengenai ketirisan dialami syarikat berkaitan kerajaan itu.

Akmal dalam kenyataan pada Rabu, mencabar Shahrir membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada Felda mempunyai unsur jenayah atau rasuah akibat berlaku ketirisan.

Terdahulu, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Indienomics dan Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap).

Usahasama itu memberi peluang kepada graduan di bawah Mantap untuk bekerja dan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat di bawah naungan Indienomics.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Mantap, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Noraini Ahmad.

Program Indienomics yang bermula sejak 31 Ogos 2015 adalah gerakan keusahawanan yang menggabungkan lebih 30 ikon usahawan muda pelbagai industri seperti logistik, media, fesyen dan penerbitan buku. -Bernama

Tan Sri Shahrir Abdul , NOW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain