suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Anggota TLDM Dilepas Dan Dibebas Daripada Tuduhan Pukul Orang Awam

LUMUT: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memukul orang awam dua tahun lalu.

Mohd Fiazal Osman, 39, berpangkat Bintara Muda; Mohammad Hafzaz Basir, 28, (Laskar Kelas Satu) dan Muhamad Firdaus Asyraff Darus, 26, (Laskar Kanan) bersalaman antarasatusamalainselepas mendengar keputusan itu. 

Keputusan dibuat Majistret Nur Shaqira Ibrahim selepas mendapati pihakpendakwaangagalmembuktikankes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mohd Fiazal, Mohammad Hafzaz dan Muhamad Firdaus dituduh menyebabkan kecederaan kepada Nordin Yappa, 24, di Lorong Kecil Kelab Satit Town di Jalan Medan Sejahtera, Sitiawan pada 2.30 pagi 23 April 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

PendakwaandikendalikanTimbalan Pendakwa Raya Farhana Hashim manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Sukhdave berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan kes sejak April 2015.-- Bernama



 

TLDM, Lumut

Artikel Lain