suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Perlu Sekat Kenderaan Besar Masuk KL - Datuk Bandar

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah ada jadual untuk kenderaan besar yang memasuki pusat bandar supaya tiada keperluan untuk mengharamkan sistem pengangkutan itu, kata Datuk Bandarnya, Datuk Seri Amin Nordin Abd Aziz.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mencadangkan agar kenderaan besar yang menyumbang pelepasan karbon berbanding motosikal kapcai diharamkan.

Amin Nordin berkata, DBKL sudah mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke pusat bandar bermula pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.50 petang hingga 7.30 petang.

"Kami akan fikir mengenai pelaksanaan larangan itu sama sekali apabila sistem pengangkutan keseluruhannya sudah siap dan berfungsi," katanya.

Pada Isnin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangan larangan tersebut bagi mengawal pencemaran di ibu kota.

Wan Junaidi juga berkata cadangan awal menteri itu perlu disertai kajian lanjut bagi mengenali pasti kenderaan penyebab utama pencemaran.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain