suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KUALA LUMPUR: Komandan pertama Maktab Tentera Diraja, Lt. Jen. (B) Datuk Abdul Jamil Ahmad, 88, meninggal dunia di Hospital Sultan Mizan di sini malam tadi, disebabkan strok.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas zuhur hari ini, kata adik iparnya Wan Norliza Wan Mustapha kepada Bernama di sini.

Abdul Jamil meninggalkan balu Datin Wan Norzela Wan Mustapha, seorang anak perempuan dan empat cucu.

Allahyarham yang merupakan lulusan Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, pernah berkhidmat sebagai Pegawai Turus II Operasi untuk operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo pada 1960 dan mengetuai batalion Malaya melindungi ibu pejabat PBB di sana. 

Artikel Berikut

Artikel Lain