suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu, Anak Perempuan Rentung Kereta Terbakar Susulan Nahas

KOTA TINGGI: Ibu dan anak rentung selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbalik dan terbakar dalam kejadian berhampiran Felda Sungai Ara di sini, pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa Salbiah Dollah, 57, dan anaknya, Suzana Jumri, 32, tersepit dalam Perodua Viva yang terbalik dan terbakar susulan kemalangan itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Jaafar Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.52 pagi Sabtu.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta dinaiki kedua-dua mangsa dan sebuah lagi kereta Nissan.

"Kereta dinaiki mangsa terbakar keseluruhannya dan mayat mangsa ditemui dalam kenderaan berkenaan," katanya.

Jaafar berkata kereta Viva dinaiki dua beranak itu musnah teruk akibat kebakaran tersebut manakala mangsa berusia 35 tahun yang menaiki kereta Nissan hanya mengalami kecederaan ringan.


rentung, kebakaran, kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain