suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Dalam Kotak

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam ditinggal dalam kotak di kawasan semak berdekatan sebuah pasaraya di ibu negeri Perlis awal Sabtu.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai ditemukan oleh orang ramai sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak polis.

Pihak ambulans kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian dan bayi yang cukup sifat itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bayi itu diselubungi dengan kain tuala berwarna hijau dan dua patung mainan turut ditinggalkan bersama mangsa.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew mengesahkan pihak polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.

"Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di  dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung," katanya.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Buang Bayi

Artikel Berikut

Warga Emas Ditemui Mati Dijerut

Artikel Lain