suria

Warga Indonesia Rentung Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI: Seorang warga Indonesia ditemukan rentung di dalam sebuah pondok kosong bersebelahan sebuah tokong Siam di Kampung Raja Jalan, Kuala Ketil pagi Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata mangsa dikenali sebagai Amran Sidik, 49, berstatus pemastautin tetap.

Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.18 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. -Bernama

Warga Indonesia, rentung, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain