suria

Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Tertiarap

JITRA: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan cedera parah pada bahagian belakang kepala sehingga kelihatan bahagian otak di sebuah dusun di Kampung Imam, Padang Perahu, dekat sini petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Hadi Hassan berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap pada 3.00 petang, kira-kira 20 meter dari sebuah bangsal di dusun tersebut.  

"Terdapat kesan darah pada bangsal dan kesan seakan-akan diseret dari bangsal tersebut. 

"Maklumat awal kita terima mangsa mungkin seorang penagih atau pengedar dadah di kawasan berkenaan. Kita masih menyiasat siapa pemilik dusun berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.   

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain