suria

Dr Mah: Pos Kemar Bebas Malaria

IPOH: Wabak malaria yang menular di Pos Kemar di Gerik telahpun berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, wabak yang mula merebak pada pertengahan November itu berakhir pada 28 Disember tahun lalu.

Beliau berkata kes terakhir dikesan pada 21 Disember dan pegawai kesihatan kini memantau keadaan pesakit yang telah pulih.

"Kami telah memeriksa 67 peratus daripada penduduk kampung melalui ujian darah dan mendapati tiada kes baharu.

"Pegawai Kesihatan akan terus melawat ke kampung-kampung untuk memeriksa tanda-tanda wabak itu di kalangan mereka yang diserang demam berterusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pelan Tindakan Kesihatan Negeri dan Alam Sekitar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kira-kira 137 penduduk kampung termasuk 79 kanak-kanak berumur 14 tahun dan ke bawah didapati positif malaria semasa penularan wabak itu.

Malaria, Pos Kemar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain