Tragedi Buku Teks Ragut Nyawa Ibu, Anak Parah - Semasa | mStar

Tragedi Buku Teks Ragut Nyawa Ibu, Anak Parah

GAMBAR HIASAN

KUCHING: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kemalangan di lampu isyarat Jalan FAC Matang/Telaga Air dekat sini, pagi Ahad.

Lebih memilukan kejadian kira-kira 11.15 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa, Habibah Abi, 43, serta anaknya Mohammad Sapiee Johari, 18, dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli buku untuk sesi persekolahan di sebuah sekolah berhampiran lokasi kejadian.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, ASP Mathew Manggi berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan MPV jenis Toyota Avanza dari arah Kuching menuju ke Lundu telah melanggar motosikal dari arah Telaga Air menuju ke Jalan Matang Lama.

"Pertembungan itu menyebabkan Habibah yang membonceng motosikal meninggal di tempat kejadian, manakala Mohammad Sapiee cedera parah," katanya.

Sehubungan itu Mathew memohon saksi yang melihat kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Buku Teks

Artikel Sebelum

Remaja Lemas Selepas Selamatkan Rakan

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain