suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekeping Gambar Menjelaskan Segala-Galanya - TPM

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkongsi gambar kemesraan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra, Putrajaya.

"Semasa menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra. Foto ini menjelaskan segala-galanya.


"'Picture says thousand words'," tulisnya di laman Twitter, Selasa.

Posting itu, yang dibuat melalui akaun @Zahid_Hamidi dimuat naik sejurus selepas gambar-gambar beliau dan Najib yang didakwa 'tidak mesra' telah tersebar di media sosial.


Posting tersebut yang dimuat naik di Facebook menunjukkan gambar dua pemimpin itu yang tidak senyum sesama sendiri pada majlis berkenaan, menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka semakin retak dan ada juga yang menyatakan bahawa 'perang' baru sahaja bermula.

Artikel Lain