suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liow: Semua Wakil Rakyat MCA Perlu Bantah Pindaan Enakmen Perlis

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat MCA akan mengeluarkan amaran keras kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Khaw Hock Hong kerana gagal menyatakan bantahan parti terhadap pindaan enakmen yang membenarkan penukaran unilateral kanak-kanak bawah umur, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walaupun parti itu menerima penjelasan Khaw yang meninggalkan dewan semasa DUN meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016, Hock Hong bagaimanapun tidak menjelaskan pendirian MCA di dalam dan luar dewan.

"Tindakan beliau menimbulkan spekulasi mengenai pendirian MCA, yang tidak pernah berubah.

"Kita dengan tegas membantah pindaan enakmen yang membolehkan ibu atau bapa yang memeluk Islam menukar status agama anak untuk memeluk Islam," kata Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti pada Isnin.

Tiong Lai berkata, amaran tersebut akan menjadi peringatan kepada semua ahli parlimen dan wakil rakyat MCA bahawa mereka perlu bersuara dan mewakili keputusan parti dengan jelas di DUN.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain