suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Marin Rampas 200 Katon Rokok Seludup

GAMBAR HIASAN

KUANTAN: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di sini menahan seorang lelaki bersama 200 karton rokok seludup dalam sebuah kereta di Jalan Wong Ah Jang di sini, awal pagi Jumaat.

Komander pasukan ACP Zulkafli Sariaat berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM40,000.

Katanya ketika serbuan pada 2.30 pagi itu, lelaki tempatan berumur 56 tahun itu memandu kereta tersebut.

Rokok seludup pelbagai jenama itu ditemukan dalam beberapa bungkusan plastik dan kotak besar berwarna coklat yang ditutupi dengan plastik hitam di tempat duduk penumpang dan but kenderaan tersebut, katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

"Kami percaya rokok tersebut untuk dijual kepada perokok tegar sekitar daerah ini khususnya di pesisir Sungai Kuantan memandangkan permintaan kepada rokok murah sangat menggalakkan," katanya. - BERNAMA

Polis Marin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain