suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lori Minyak Terbalik, Laluan Ke Utara Sesak Teruk

IPOH: Sebuah lori tangki minyak terbalik di Kilometer (KM) 257 dekat Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menyebabkan kesesakan trafik yang panjang kira-kira 50 kilometer sehingga ke Simpang Pulai.

Kesesakan teruk itu berlaku akibat penutupan sementara laluan ke arah utara itu untuk proses pembersihan minyak yang tertumpah tetapi PLUS membuka laluan kontra di haluan bertentangan untuk melancarkan semula pergerakan trafik.

Insiden itu mengakibatkan tol keluar Ipoh Selatan mengalami kesesakan teruk memandangkan pengguna lebuh raya mahu menggunakan jalan lama bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan itu.

Beberapa laporan berkata, masa perjalanan di kawasan yang terjejas bertambah selama 30 minit.

"Minyak dari lor tangki minyak yang terbalik, tumpah di atas jalan dan pihak berkuasa sedang berusaha membersihkan lokasi kejadian secepat mungkin.

"Masa yang diperlukan untuk kedua-dua laluan ke utara dibuka semula belum dapat dipastikan," kata seorang pegawai PLUS yang enggan dinamakan.

PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain