suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahap Keselamatan Perairan Sabah Ditingkatkan - KPN

KUALA LUMPUR: Tahap keselamatan akan dipertingkatkan di sepanjang kawasan persisiran pantai Sabah susulan insiden berbalas tembakan antara kumpulan penculik dan pasukan keselamatan di Semporna baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Sudah pasti kita akan meningkatkan tahap keselamatan.

"Kita tidak boleh leka (terhadap ancaman lanun)," katanya.

Ditanya sama ada Bukit Aman akan menghantara pasukan tambahan ke Sabah, beliau berkata, anggota polis di sana sudah mencukupi untuk memburu saki baki kumpulan penculik tersebut.

Terdahulu, Khalid menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter mengucapkan tahniah kepada Platun Harimau dari Pasukan Gerakan Am (PGA) atas kejayaan mematahkan insiden penculikan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, tahap keselamatan sentiasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengekang aktiviti jenayan merentasi sempadan.

"Kita menyerahkan kepada pasukan keselamatan untuk menyiasat insiden tersebut," katanya.

Khalid Abu Bakar, Musa Aman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain