suria

Lelaki Maut Jatuh Tingkat 6 Kondo

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Bandar Kinrara dekat sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9.25 pagi Jumaat oleh pihak keselamatan Zest Condo.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka melihat seorang lelaki berjalan mundar mandir berhampiran tingkap yang terbuka dari tingkat enam Blok ZB kondominium itu.

Beliau berkata, lelaki itu ditemui terbaring mati di tingkat satu.

Dia disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Serdang.

Kok Sin berkata mangsa dikenal pasti sebagai Retnaswaran Thambidorai.

Beliau berkata, pemeriksaan polis di unit kondominium mangsa mendapati ia dikunci dan kosong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain