suria

Dana RM350 Juta Transformasi Sekitar Stadium Larkin

JOHOR BARU: Kawasan di sekitar Stadium Larkin bakal berwajah baharu dengan peruntukan sebanyak RM350 juta dalam tempoh empat tahun lagi.

Projek yang dikenali sebagai Arena Larkin akan membabitkan keluasan 42 hektar merangkumi pembinaan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB).

Kolam Renang Awam MBJB dan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin turut akan ditambah baik.

Anak Syarikat Johor Corporation, Johor Land Bhd (JLand) akan membangunkan Arena Larkin.

Sementara itu, sebuah lagi anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan membangunkan Stadium Olahraga Mount Austin bernilai RM89 juta.

Stadium itu boleh menampung 5,000 penonton.

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat berkata projek pembangunan infrastruktur sukan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada persediaan negeri itu untuk menganjurkan Sukan Malaysia pada 2020.

Projek tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan kerja dua hari ke negeri itu.


Stadium Larkin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain