suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib, Hadi Kongsi Pentas Bantah Penindasan Etnik Rohingya

Datuk Seri Najib Razak ditemani Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hadi Awang semasa menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 4 Disember 2016- M. Azhar Arif / The Star

KUALA LUMPUR: Ribuan peserta membanjiri kawasan dalam dan luar Stadium Titiwangsa di sini bagi membantah kezaliman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Menerusi Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, peserta yang terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia dan rakyat Myanmar khususnya yang beragama Islam di Malaysia datang untuk berhimpun di sini sejak awal pagi Ahad.

Perhimpunan ini juga menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi sama-sama membantah kezaliman terhadap etnik Rohingya dan menuntut badan-badan antarabangsa bertindak ke atas negara itu jika perbuatan tersebut tidak dihentikan.

Perdana menteri dalam ucapannya berkata perhimpunan pada hari ini turut melakar sejarah kerana rakyat mengetepikan perbezaan politik atas nama Islam dan kesatuan ummah.

"Kita ada Umno dan PAS dalam perhimpunan ini. Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kepimpinan Umno dan PAS serta lebih 20,000 hadirin termasuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia.

Himpunan ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan bukan satu perhimpunan politik.


Artikel Lain