suria

MCA Tubuh Jawatakuasa Khas Kaji RUU

KUALA LUMPUR: MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa undang-undang bagi meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tugas itu akan dilaksanakan dengan kerjasama dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan.

Menurutnya, jawatankuasa itu, yang akan diterajui Biro Undang-undang MCA, akan menghimpunkan pakar undang-undang bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Memandangkan cadangan pindaan itu akan memberi kesan terhadap sistem undang-undang negara kita..., maka kita perlu buat kajian terperinci mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaktif dengan dewan perniagaan dan persatuan Cina di Wisma MCA di sini pada Sabtu.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jawatankuasa itu akan menjadi saluran bagi MCA untuk menyampaikan pandangannya kepada masyarakat berhubung cadangan pindaan berkenaan yang dibuat melalui Rang Undang-undang Persendirian PAS. 

MCA, PAS, RUU, Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Tun M Hadiri Persidangan DAP

Artikel Berikut

Artikel Lain