suria

PLUS Lantik Azman Sebagai Pengarah Urusan Baharu

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Bhd (PLUS) mengumumkan pelantikan Datuk Azman Ismail sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata CEO sekarang, Datuk Noorizah Abdul Hamid telah memilih untuk bersara.

Bagaimanapun, beliau akan terus bertugas bagi tempoh sementara untuk membantu Azman membiasakan dirinya dengan operasi, bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar. 

Selama 30 tahun di Shell, Azman menyandang pelbagai jawatan utama termasuk dalam operasi, kewangan dan peruncitan.

"Berdasarkan kecemerlangan perkhidmatan dan pengalaman beliau, kami yakin beliau akan dapat menerajui PLUS dalam merealisasikan objektif dan hala tuju syarikat," kata Mohd Sheriff dalam satu kenyataan.-Bernama

PLUS, Datuk Azman Ismail

Artikel Lain