suria

Bersih 5: Tian Chua, Reza Fahmi Ditahan

Chua Tian Chang

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis Fahmi Reza ditahan berhubung perhimpunan haram yang berlangsungpada Sabtu.  

Penahanan kedua-dua mereka menjadikan seramai 19 pemimpin dan aktivis ditahan bermula semalam dan hari ini berhubung dengan perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh yang dihubungi Bernama Sabtu malam mengesahkan penahanan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dan Fahmi. 

Sebelum ini, 17 pemimpin dan aktivitis daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan. 

Jumlah tahanan itu bagaimanapun tidak termasuk tiga lagi penahanan membabitkan peserta perhimpunan kerana kesalahan menggunakan drone semasa perhimpunan itu, memiliki senjata parang dan buku lima, dan mendatangkan kecederaan kepada peserta lain. 

Bersih 5, Tian Chua, Fahmi Reza

Artikel Sebelum

Pemuda Umno: KJ Sedia Undur

Artikel Berikut

Artikel Lain