suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Umno Diminta Jangan Selesa - Hishammuddin

KUANTAN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta anggota parti supaya tidak mudah merasa selesa sebaliknya perlu bangkit menumpukan usaha untuk berdepan cabaran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurutnya, anggota Umno juga perlu menghimpunkan segala kekuatan, memfokuskan pemikiran dan menzahirkan kebersamaan dengan tidak sesekali memperjudikan masa depan parti, agama, bangsa serta tanah air.

"Dengan azam yang kuat, saya mahu anggota Umno bangkit dengan semangat luarbiasa bahawa menerusi parti ini kita mempertahankan kedaulatan serta maruah kehidupan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Umno Pahang, Sabtu.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan anggota dan pemimpin Umno mengetepikan kepentingan peribadi dan kembali merapatkan saf demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Katanya mereka juga perlu menjadi benteng pertahanan Umno yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan serangan daripada segenap penjuru.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata ujian demi ujian yang dihadapi oleh Umno dari masa ke semasa mematangkan lagi parti itu untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih getir.

Katanya, landskap politik kini sudah berbeza, sekali gus memerlukan parti melakukan perubahan untuk memastikannya terus kekal releven untuk membela agama, bangsa dan negara. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain