suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Perak Tidak Terlibat Perhimpunan Baju Merah - Zambry

GOPENG: Umno Perak tidak pernah mengeluarkan arahansupaya setiap bahagian menghantar anggota untuk menyertai perhimpunan Baju Merahdi ibu negara pada Sabtu, tegas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. 

Zambry, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, berkata pihaknyasama sekali tidak terlibat dalam perhimpunan itu, malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri atau bahagian.

"Saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya maklumat yang mengatakankita (Umno Perak) terlibat sama dalam perhimpunan Baju Merah," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Bersama Pemimpin Akar Umbi Perak di sini, Sabtu.

Zambry mengulas berita yang diviral kononnya Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie mengeluarkan arahan menyatakan imbuhan, makanan dan kemudahan pengangkutan disediakan kepada setiap anggota Umno Perak sekiranya berminat menyertai perhimpunan itu.

Sementara itu, Ahmad Shalimin berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang arahan berkenaan, tetapi percaya ia sengaja dilakukan pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imejnya.

"Arahan yang dikeluarkan itu tidak dijelaskan dengan lanjut dan secara tiba-tiba gunakan nama saya. Ia tidak masuk akal dan tiada sebarang kewajaran untuk saya melakukan tindakan sedemikian," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain