suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 5: 'Pikachu' Berhimpun Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Pikachu membuat penampilan istimewa pada perhimpunan Bersih 5 apabila Abdul Malek Abu Bakar hadir ke Masjid Negara dengan berpakaian seperti Pokemon.

Menurut Abdul Malek, dia mahu menyuntik elemen keseronokan dan warna-warni pada perhimpunan itu.

"Saya datang ke sini dari Johor bersama rakan-rakan sebagai sebahagian daripada pasukan PKR Johor. Saya tidak tahu tindakan itu akan mencuri tumpuan," katanya.

Abdul Malek berkata dia membeli kostum berwarna kuning itu secara dalam talian seminggu sebelum perhimpunan tersebut.

"Selain memperjuangkan hak rakyat, kami juga mahu mencetuskan keseronokan," katanya.
Pikachu, Pokemon, Bersih 5

Artikel Berikut

Artikel Lain