suria

Jangan Biarkan Laut Sulu Jadi 'Somalia Baharu' - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Laut Sulu Sea tidak boleh dibiarkan menjadi 'Somalia baharu'.

Menteri Pertahanan itu berkata beliau menyentuh tentang perlunya usaha ditingkatkan bagi mencegah kawasan itu daripada menjadi 'Somalia baharu' pada permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) ke-10 diVientianne, Laos, yang berakhir baru-baru ini.

Inisiatif Trilateral Laut Sulu yang melibatkan rondaan bersama olehMalaysia, Indonesia dan Filipina adalah antara isu yang dibangkitkan pada permukiman itu.

Memandangkan Laut Sulu terkenal kerana aktiviti pelanunan dan menculik, maka inisiatif itu perlu dilaksanakan bagi mencegah wujud keadaan seperti di Somalia di mana kapal dagang takut untuk belayar di laluan laut negara yang dilanda sengketa itu.

Ketika di sana, Hishammuddin serta rakan sejawatannya dari Indonesian danFilipina turut mengadakan Mesyuarat Trilateral Peringkat Menteri Keempat mengenai inisiatif itu.

"Perbincangan banyak tertumpu terhadap mengadakan eksesais bersama, rondaan maritim terselaras dan rondan udara bersama yang akan dimulakan tidak lama lagi oleh tiga negara berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Hishammuddin berkata beliau juga menyentuh tentang pertemuan antara PresidenFilipina, Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas dan urusan memuktamadkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pasukan keselamatan Malaysia mengejar penculik sehingga merentasi sempadan marition negara berkenaan.

Katanya, pada Pemukiman ADMM itu, beliau juga membangkitkan isu berkaitan Daesh, yang terus menjadi ancaman utama dan paling semasa bagi Asean, di samping memberi penjelasan tentang bagaimana usaha menentang kumpulan pengganas itu di Mosul, Aleppo dan Raqa mempunyai kesan bercampur.

"Dari satu segi, menyekat kumpulan itu daripada mempunyai wilayah sendiri adalah penting untuk memusnahkan jenamanya, tetapi sebaliknya, langkah itu meningkatkan kemungkinan bahawa rantau lain, termasuk Asia Tenggara, akan menjadi markas baharu bagi rekrut atau sasaran alternatif untuk diserang,"katanya.

Katanya beliau juga menyatakan bahawa perkara itu bukan fenomena baharu kerana Jemaah Islamiyah, kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang lahir daripada Al-Qaeda, telah ditubuhkan mulai awal tahun 2000 dengan bantuan mereka yang pulang daripada berjuang dalam konflik di Afghanistan.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain