suria

Rafizi Gesa Adam Rosly Isytihar Harta

Rafizi gesa supaya Adam mengisytiharkan harta yang dimilikinya secepat mungkin.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly untuk mengisytiharkan harta yang dimilikinya secepat mungkin.

"Saya rasa lagi cepat saudara Adam isytiharkan harta, lebih mudah. Sebaik sahaja anda tunjukkan yang anda tiada apa untuk disembunyikan dan semuanya telus, dengan itu saya fikir ia akan hentikannya (spekulasi)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Katanya beliau sendiri akan sekali lagi mengisytiharkan hartanya pada Selasa atau Rabu hadapan setelah berbuat demikian pada Mac tahun lepas.

Beliau turut menyarankan kesemua anggota politik termasuk penjawat awam supaya mengisytiharkan harta secara terperinci untuk mengelakkan penyelewengan.

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain