suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Didakwa Bunuh Bapa Kandung Mungkin Pesakit Mental

KLANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka di Lintang Nau Off Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, di sini.

Ong Shi Bao, 21, didakwa membunuh Ong Tun Hang, 58, kira-kira pukul 1.20 pagi pada 11 Nov.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali memohon supaya Shi Bao dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Perak, bagi menjalani pemeriksaan memandangkan dia memiliki kad pesakit mental.

Majistret Nor Asma Ahmad membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Ong dihantar ke hospital itu bagi menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Beliau juga menetapkan 8 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Ong adalah anak bongsu yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya beserta  tiga adik-beradiknya di sebuah rumah teres dua tingkat.

Artikel Lain