suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banteras Denggi & Zika: Lebih Kajian Terhadap Vitamin C Perlu Dijalankan - Hilmi

Dr Hilmi Yahaya.

KUALA LUMPUR: Kajian lebih mendalam diperlukan untuk menentukan sama ada Vitamin C boleh memainkan peranan dalam membanteras virus denggi dan Zika, kata Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata terdapat beberapa kajian awal untuk menguji keberkesanan Vitamin C dalam menyembuhkan jangkitan virus biasa tetapi ianya tidak dilakukan secara meluas.

"Satu kajian melibatkan suntikan intravena Vitamin C untuk pesakit yang menghidap virus Epstein Barr dan satu lagi melibatkan pengendalian Vitamin C untuk kegunaan oral pesakit menghidap influenza.

"Kedua-dua menunjukkan keputusan positif setakat ini dengan tempoh pemulihan lebih pendek dan gejala lebih ringan tetapi lebih banyak kajian diperlukan kerana sampel pesakit amat kecil," katanya ketika menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) di Parlimen pada Selasa.

Dr Hilmi berkata kajian in-vitro turut dilaksanakan untuk mengkaji kesan Vitamin C terhadap HIV dan ia membantu untuk menghalang virus daripada merebak.

"Namun buat masa ini, tiada kajian dilakukan bagi mengenal pasti kesan Vitamin C terhadap denggi dan Zika kerana ia dari kumpulan virus yang berbeza.

"Dalam hal ini, perkara terbaik yang boleh dilakukan kementerian adalah meminta Institut Penyelidikan Perubatan untuk menjalankan kajian terperinci termasuk ujian klinikal ke atas pesakit jika diperlukan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain