suria

Sultan Johor Rasmi Terowong Naga Terpanjang Dunia Di Yong Peng

YONG PENG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melancarkan terowong naga terbesar dan terpanjang di dunia yang bakal menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini.

Dikenali sebagai Naga Kemakmuran, struktur 115 meter itu dilengkapi dengan hasil seni budaya masyarakat Cina terletak di taman di pekarangan bangunan Persatuan Che An Khor Yong Peng di Taman Kota Impian di sini.

Kira-kira 5,000 pengunjung dalam dan luar negara berkumpul bagi meraikan pelancanran naga gergasi yang mencecah kos RM8 juta dan mengambil masa lebih setahun setengah untuk menyiapkan pembinaannya.

Majlis meriah itu diserikan dengan kehadian Sultan Ibrahim yang diiringi puteranya, Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar.

Selepas melawat terowong, Sultan Ibrahim menanam pokok sebagai simbol pelancaran mercu tanda itu sebelum dihiburkan dengan persembahan tarian naga dan singa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, terowong naga akan menarik kehadiran pelancong ke daerah itu dan meningkatkan perniagaan tempatan dan juga ekonomi Johor.

"Naga ini adalah simbol kemakmuran Johor dan diharap Taman Hijau ini menjadi mercu tanda Yong Peng," katanya ketika berucap di majlis itu pada Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain