suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ringgit Tidak Akan Ditambat - BNM

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini disebabkan persekitaran luar, kata Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim.

"Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar. 

Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Ringgit susut berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku ketiga," katanya.

Beliau berkata ini mencerminkan perubahan dalam sentimen pelabur dan aktiviti pengimbangan semula pelabur portfolio di sepanjang suku, didorong terutama oleh peristiwa luaran.

"Walaupun semua mata wang serantau terjejas oleh ketidaktentuan berterusan ketika tempoh kadar faedah US kembali ke paras normal, ringgit dan mata wang negara pengeksport komoditi lain berhadapan pelarasan tambahan disebabkan oleh harga minyak mentah global yang tidak menentu pada suku itu," katanya.

Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak tiga peratus berbanding dolar US pada suku kedua.

Ringgit juga menyusut nilai berbanding euro (-3.9 peratus), yen Jepun (-4.2 peratus) dan dolar Australia (-5.5 peratus), namun mengukuh berbanding paun sterling (0.2 peratus).

Ringgit juga menyusut nilai berbanding mata wang serantau kecuali peso Filipina, antara 1.8 peratus dan 7.3 peratus.


Artikel Lain