suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesin Judi Komputer Bernilai RM3 Juta Dilupuskan

ACP Othman Nanyan (kiri) bersama Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang Shariman Mohd Nor (dua, kanan) memegang komputer riba hasil rampasan menerusi Ops Dadu dan Judi Online ketika majlis pelupusan dan pemusnahan mesin judi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Rabu. fotoBERNAMA

KAJANG: Sebanyak 13,452 mesin judi berkomputer yang dirampas sejak Januari 2014 sehingga Disember tahun lalu yang bernilai kira-kira RM3 juta dilupuskan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata kesemua mesin judi berkomputer itu dimusnahkan dengan menggunakan jentolak di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

"Pelupusan ini dibuat setelah mendapat arahan daripada pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Othman berkata pihaknya telah melaksanakan sebanyak 540 serbuan dalam Op Dadu Dan Judi Online (JOL) sepanjang tempoh itu.

"Operasi dan serbuan ke atas premis perjudian ini diadakan secara berterusan, ini membuktikan kami amat komited dalam usaha membenteras kegiatan perjudian di daerah ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 313 pertuduhan dilakukan terhadap operator sindiket dan selebihnya masih dalam proses perbicaraan," katanya.

Othman meminta agar orang awam terus memberi kerjasama kepada polis dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan perjudian di kawasan mereka. - BERNAMA

mesin judi berkomputer, PDRM

Artikel Lain