suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung Pusat Beli-Belah Cemas Eskalator 'Meletup'

KUALA LUMPUR: Beberapa pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah di sini terkejut dan cemas apabila terdengar bunyi 'letupan' daripada sebuah eskalator di kompleks itu tengah hari Selasa.

Difahamkan bunyi kuat seperti letupan itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada satu daripada eskalator di aras bawah pusat beli-belah itu yang menuju ke tingkat satu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari dan pihak pengurusan kompleks segera bertindak memanggil pasukan teknikalnya untuk membaiki kerosakan.



"Kerja-kerja membaiki kerosakan siap tak sampai setengah jam kemudian," menurut satu sumber kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua berlaku di situ sejak Julai lepas.

Berita mengenai kejadian itu turut menjadi viral di Internet apabila gambar eskalator yang rosak itu dimuat naik netizen di laman Facebook petang tadi.


Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihak pengurusan pusat beli-belah itu difahamkan tidak membuat laporan polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain