suria

Kerajinan Lelaki OKU Jual Nasi Lemak Dipuji

PETALING JAYA: Kerajinan seorang lelaki kurang upaya (OKU) menjual nasi lemak dan kuih di Meru, Klang mencetuskan rasa simpati dan pujian ramai pihak apabila kisahnya dikongsikan dalam laman sosial Facebook sejak Khamis.

Pemilik akaun Facebook bernama Aur Tutupbotoloren merakamkan saat-saat dia bertemu dengan peniaga OKU itu yang hanya dinamakan sebagai Firdaus dengan harapan video berkenaan dapat membantu melariskan kedai lelaki itu.

Menerusi laman Facebooknya, Aur kagum dengan kerajinan Firdaus yang tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai halangan untuk mencari rezeki yang halal.

Dalam video berkenaan, Firdaus memberitahu kepada Aur bahawa dia menjual nasi lemak, kuih dan lain-lain setiap hari Isnin hingga Jumaat di Jalan Restu 2, Taman Sri Putri, Meru.

Ternyata video itu mendapat perhatian ramai pihak apabila ia telah dikongsikan sebanyak 7,126 kali sejak mula disiarkan pada 7.37 pagi Khamis.

Majoriti netizen turut mendoakan agar Firdaus dimurahi rezeki selain mengagumi semangatnya untuk berniaga walaupun serba kekurangan.


Nasi Lemak, OKU, Meru, Viral

Artikel Lain