suria

Yang di-Pertuan Agong Rasmi Masjid Ar-Rahah

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Ar-Rahah, Jumaat. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan balu Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Rahah Mohammad Noah (dua, kanan).

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini.

Masjid yang berkonsepkan binaan Islamik moden kontemporari ini mula dibina pada 14 April 2010 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2012 dengan kos RM10.6 juta.

Nama masjid ini diambil bersempena nama ibu kepada penyumbang dana pembinaan masjid, Datuk Seri Mohd Nazir Tun Razak iaitu Tun Rahah Mohd Noah. Beliau juga adalah ibu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Masjid Ar-Rahah itu dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 1.74 hektar dan mampu memuatkan seramai 2,500 jemaah pada satu-satu masa.-- Bernama


Artikel Lain