suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Putus Kaki, Motosikal Dirempuh Kereta

MUAR: Seorang wanita putus kaki kanan akibat motosikalnya dirempuh dan diheret sebuah kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti dekat sini petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, wanita berusia 45 tahun tersebut dalam perjalanan untuk mengambil anaknya dari kelas tambahan di sekolah berkenaan.

Beliau berkata laporan polis yang dibuat oleh pemandu kereta berkenaan mendakwa wanita itu menyeberang jalan hingga motosikalnya memasuki laluan kereta pengadu.

Mangsa dari Kampung Parit Nawi kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Sementara itu seorang saksi kejadian berkata motosikal mangsa dirempuh dan diseret hingga menyebabkan kakinya terputus. - BERNAMA


putus kaki, kemalangan

Artikel Lain