suria

Kami Tiada Wang Selamatkan Tebusan - Keluarga

Abdul Rahim Summas ditahan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di lokasi yang tidak diketahui di Kepulauan Jolo.

KOTA KINABALU: Rosmiati Abdul Rahim hanya mampu menangis apabila melihat gambar bapanya yang berada dalam tawanan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di dalam hutan di Kepulauan Jolo.

"Saya hanya boleh berdoa supaya dia dan yang lain-lain dibebaskan," kata wanita berusia 39 tahun itu.

"Kami tidak berdaya. Kami tidak mempunyai wang atau cara lain untuk membantu membawa mereka pulang dengan selamat," katanya.

Bapanya, Abdul Rahim Summas, 62, adalah antara lima nalayan Malaysia yang ditahan lelaki bersenjata di perairan Lahad Datu sejak 18 Julai lalu.

Empat tebusan lain adalah bapa saudaranya Tayudin Anjut, 45, anak saudaranya Mohd Zumadil Rahim, 23, sepupunya Fandy Bakran, 26, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32.

Rosmiati yang keluarganya berada di Tawau berkata, bapanya mempunyai masalah perubatan.

"Dia mungkin tidak dapat bertahan jika keadaan lebih teruk," kata suri rumah itu.

Gambar bapanya yang disiarkan akhbar The Star pada Isnin telah dikeluarkan jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami.

Penculik menuntut 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk melepaskan tebusan.

sepupu Rosmiati iaitu Hariyanti Samsih berkahwin dengan Mohd Ridzuan.

Hariyanti, 31, berkata, suaminya menjadi orang tengah untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka.

Penculik, katanya akan membuat panggilan beberapa kali dalam sebulan.

"Panggilan terakhir saya terima daripada suami saya ialah Isnin lepas. Dia meminta saya mendapatkan bantuan.

"Tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Kami miskin," katanya.

Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain