suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ajak Orang Ramai Sertai Tinjauan Bajet 2017

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap orang ramai dapat mengambil bahagian dalam tinjauan berkaitan Bajet 2017 yang sedang dijalankan di bajet2017.najibrazak.com/survey.

Perdana menteri berkata, tinjauan itu penting bagi membantu kerajaan merangka bajet inklusif yang memenuhi keperluan rakyat. 

"Luangkan sedikit masa menjawab tinjauan di bajet2017.najibrazak.com/survey untuk saya lebih memahami keutamaan anda.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan bagi membentuk sebuah bajet yang inklusif dan mengambil kira keperluan rakyat," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya pada Jumaat.

Sebanyak 8,352 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 Sept hingga Rabu lepas.

Lima kategori iaitu pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar menerima jumlah cadangan yang paling banyak. 

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini. - Bernama

Bajet 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain