suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mavcom Sedang Kaji Semula PSC - Liow

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang mengkaji semula kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) sejajar dengan peranannya sebagai badan kawal selia bebas yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal selia hal-hal ekonomi berkaitan industri penerbangan awam negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan Mavcom akan mengambil kira pandangan orang ramai, di samping penggiat dalam industri syarikat penerbangan, kerana keperluan pengembara kekal menjadi keutamaan.

"Kerajaan menyedari akan keperluan pertimbangan teliti berkaitan kemungkinan kenaikan dalam kadar PSC," kata Liow dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, kadar PSC itu akan terus sejajar dengan standard antarabangsa bagi memastikan lapangan terbang Malaysia berdaya saing di rantau ini.

Liow juga menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini kerana belum ada kadar baharu ditetapkan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain