suria

Lewat Berjalan Tapi Pantas Berlari

BENTONG: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah membuktikan kepada ibu bapanya bahawa beliau adalah anak istimewa dengan apabila memenangi pingat emas untuk negara dalam acara pecut 100m di sukan Paralimpik Rio.

Mohamad Puzi Mat Isa, 56, berkata, anaknya itu sangat aktif walaupun lewat untuk berjalan iaitu pada usia tiga tahun.

"Ibu bapa tidak perlu berasa malu jika mempunyai anak istimewa. Jika mereka meminati bidang tertentu, kita perlu beri sokongan dan galakan," katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Felda Kampung Sertik di sini.

Beliau berkata Mohamad Ridzuan mengikut jejak abangnya Mohd Shaiful, 30, yang juga seorang pelajar yang aktif.

Mohd Shaiful, seorang penyelia ladang berkata, adiknya itu akan turut sama bermain bola bersama rakan-rakannya suatu ketika dulu.

"Semua kawan-kawan yang bermain bola bersama saya berkata Ridzuan adalah seorang pelari yang pantas. Saya amat berbangga dengan pencapaiannya.

"Tiada seorang pun akan terfikir bahawa bakatnya dalam sukan lumba lari akan membawanya ke tahap ini," kata Mohd Shaiful, sambil menambah bahawa Mohamad Ridzuan tidak pernah mengadu tentang latihan dan seorang yang ceria.

Mohamad Ridzuan dilahirkan sihat tetapi diserang penyakit kuning ketika berusia enam hari.

Ia menyebabkan beliau menghidap cerebral palsy.

Artikel Sebelum

Racing Boy Buat Lompatan Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain