Tiga Lelaki Ditahan 30 Minit Selepas Menyamun - Semasa | mStar

Tiga Lelaki Ditahan 30 Minit Selepas Menyamun

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kira-kira 30 minit, polis berjaya menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai barangan elektrik di Batu 16, Rawang petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ketiga-tiga lelaki berusia  antara 20 dan 30 tahun itu, ditahan selepas seorang anggota Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, yang kebetulan berada di lokasi kejadian, bertindak pantas mengesan suspek.

Dalam insiden itu, katanya anggota polis tersebut yang bersama keluarganya dan kebetulan berada berhampiran kedai elektrik berkenaan, terpaksa melepaskan empat das tembakan kepada salah seorang lelaki terbabit untuk mempertahankan diri kerana suspek bertindak melibaskan pedang samurai ke arah beliau.

"Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal ditunggangi seorang rakannya, namun anggota polis berkenaan berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai rakan penjenayah terbabit yang berada berdekatan kedai elektrik itu.

"Dalam tempoh lebih kurang setengah jam, pasukan polis berjaya mengesan dan menahan dua lagi suspek yang melarikan diri itu di sekitar Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Ali berkata lelaki yang cedera ditembak itu dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai pernah terlibat dalam beberapa kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai telah menyamun seorang peniaga kedai barangan elektrik di Batu 16,  Rawang.

Penjenayah terbabit melarikan wang tunai RM330, bagaimanapun ditembak seorang anggota polis yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

Samun , Rompak

Artikel Sebelum

Lewat Berjalan Tapi Pantas Berlari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain