suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu Lagi Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Perak Ditemukan

- Gambar hiasan
PARIT: Mayat seorang remaja Mohammad Isma Daniel Mohd Firdaus Jim, 15, yang lemas di Sungai Perak di Kampung Gajah dekat sini pada Isnin ditemukan kira-kira 3.15 petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad berkata mayat ditemukan kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian.

Kira-kira 4.30 pagi tadi, pihak bomba menemukan mayat Mohamad Amirul Rosman, 18, iaitu sepupu kepada Mohammad Isma Daniel.

Kedua-duanya lemas ketika mandi di sungai berkenaan petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, bapa saudara mereka Ahmad Tarmizi Ibrahim, 48, berkata ketika kejadian beliau dan bapa Mohamad Amirul sedang memancing lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian.

Katanya kejadian berlaku sangat pantas dengan mereka hanya mampu melihat kedua-duanya tenggelam dibawa arus deras.

"Pada mulanya Mohammad Isma Daniel dihanyut arus dan Mohamad Amirul cuba membantunya namun dia juga turut tenggelam.

"Seorang lagi adik saya cuba membantu kedua-dua mereka, namun tidak berjaya dan mujur juga kami sempat menarik tangannya, jika tidak beliau juga mungkin dibawa arus," katanya.
remaja lemas, Sungai Perak

Artikel Lain