suria

World #QuranHour Pupuk Amalan Baca Al-Quran 9 Zulhijjah

MISI berjalan sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosikan program World #QuranHour berakhir dengan sempurna di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada petang Khamis.

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang mengetuai misi itu menyeru umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia supaya meluangkan masa selama sejam pada Ahad ini bagi mendekatkan diri dengan al-Quran.

Katanya, kesedaran terhadap kepentingan membaca al-Quran yang menjadi panduan hidup umat Islam perlu terus dipupuk supaya amalannya dapat dilakukan secara berterusan.

Terdahulu, Rosyam yang juga ikon Rumah Ngaji dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan mula berjalan dari Shah Alam kira-kira pukul 6.45 pagi diiringi pasukan keselamatan dan anggota perubatan.

Terdahulu kumpulan itu melalui beberapa lokasi termasuk singgah di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bagi menunaikan solat Zohor.

Tarikh 11 September dipilih bagi program World #QuranHour kerana ia bertepatan dengan tarikh 9 Zulhijjah dalam kalendar Islam, ketika jemaah haji melakukan wukuf di Arafah.

World #QuranHour, Rosyam Nor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain