suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Ayam Sempena Aidiladha Mencukupi

KOTA BHARU: Persatuan Pemborong Ayam Kelantan memberi jaminan bekalan ayam di negeri ini adalah mencukupi dengan harga berpatutan sempena Aidiladha minggu depan.

Pegawai Bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Mohamad Asmadi Shafii berkata jaminan tersebut diberikan dalam satu mesyuarat antara persatuan itu dan pihaknya di sini, semalam.

"Jaminan itu ekoran daripada masalah bekalan ayam sepertimana yang diviralkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu dan kami (KPDNKK) tidak mahu perkara seumpama itu timbul sekali lagi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Mohamad Asmadi berkata pemborong dan peniaga ayam diharap tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

"Kita berharap kesemua pemborong memohon lesen bagi menjalankan perniagaan borong ayam untuk dijual kepada peruncit.

"Sekiranya tidak mempunyai lesen pemborong, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122)," katanya.

Beliau berkata setakat ini, seorang pemborong ayam telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tiada lesen borong ayam daging dan dikenakan denda RM13,000. - BERNAMA

Ayam, Aidiladha, KPDNKK

Artikel Lain