suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambutan Hangat Pameran Matta Bukti Melancong Jadi Keperluan

SAMBUTAN hangat Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2016 yang berlangsung dari 2 hingga 4 September membuktikan bahawa melancong masih tersenarai dalam diari rakyat negara ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Disertai 198 syarikat dan agensi pelancongan, pengunjung ditawarkan dengan pelbagai promosi pakej pelancongan dengan harga berpatutan sama ada ke destinasi domestik atau luar negara, tidak terkecuali pakej haji dan umrah.

Rata-rata yang datang mempunyai satu tujuan iaitu mahu mendapatkan pakej untuk melancong pada harga yang lebih murah berbanding pembelian pada hari-hari biasa.

Situasi ini menyebabkan syarikat dan ejen pelancongan bersaing secara sihat bagi menarik pengunjung singgah ke gerai mereka, seterusnya pulang dengan pakej pilihan masing-masing.

Ikuti tinjauan mStar Online di tapak Pameran Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Pameran Matta, PWTC

Artikel Lain